Sunday, March 17, 2019

Bagikan!!! Polis Australia siasat insiden senator dibaling telur

MELBOURNE: Pihak berkuasa Australia sedang menyiasat insiden remaja membaling telur ke arah Senator berhaluan kanan, Fraser Anning yang mencetuskan kontroversi dengan menyalahkan program pendatang New Zealand, susulan serangan di masjid yang mengorbankan 50 orang.
Polis Victoria dalam satu kenyataan berkata, insiden membabitkan seorang remaja berusia 17 tahun itu sedang disiasat secara keseluruhan.
Susulan itu, kempen ‘GoFundMe’ yang dilancarkan untuk mengutip dana bertujuan membantu remaja terbabit membayar kos guaman dan membeli lebih banyak telur berjaya mengutip A$19,000 (RM55,242) sehingga hari ini.
Insiden itu juga menyebabkan tanda pagar #EggBoy menjadi sohor kini di laman sosial Twitter.
Rakaman kejadian yang tular di media sosial itu, menunjukkan Anning dibaling telur dari arah belakang ketika ditemuramah pada satu majlis, Sabtu lalu.
Dalam rakaman itu, Anning kelihatan bertindak balas terhadap remaja terbabit, sebelum beberapa orang menahan remaja terbabit lalu mengheretnya ke lantai.
Tindakan Anning ternyata mendapat kecaman dunia susulan kenyataan yang mengatakan ketenteraan New Zealand selama ini terjejas kerana membenarkan ‘penganut Islam fanatik’ berhijrah ke negara itu.
Sementara itu, Menteri Imigresen Australia, David Coleman mengisytiharkan penceramah kontroversi, Milo Yiannopoulos tidak dibenarkan masuk ke negara itu susulan kenyataannya yang menyifatkan Islam sebagai agama ‘gasar’ dan ‘pelik’. - Reuters

Sumber https://sehatpedia7.blogspot.com

No comments:

Post a Comment